Sekolah Melayu Tampin mula dibuka dengan kebenaran Executive Engineers Tampin pada 9 September 1956. Guru Besar yang pertama ialah Allahyarham Hj.Yusuf bin Hassan.
Bilangan murid seramai 144 orang dan 3 orang guru. Pada 7 Oktober 1956 jam 4.30 petang, Sekolah Melayu Tampin dirasmikan dalam satu majlis minum petang.
16 Januari 1967, Sekolah Melayu Tampin telah berpindah dari bangunannya di Bandar Tampin ke jalan Seremban. Tapak bangunan asal tersebut kini telah tersergam bangunan Komplek Pejabat Daerah Tampin.
Bermula dari detik itu, sekolah ini dikenali dengan nama Sekolah Kebangsaan Tampin. Guru Besarnya ketika itu ialah Cikgu Abd.Wahab bin Jain.
0 comments:
Post a Comment