BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, November 23, 2009

SEJARAH PENUBUHAN

Kelas Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran Sekolah Kebangsaan Tampin telah dibuka pada 16 Disember 1992. Kelas ini diasaskan oleh Mohd Shafie b. Mohd Noor. Modul pengajaran bagi kelas ini telah diambil dari negara luar dan telah diubahsuai mengikut keadaan di Malaysia. Penasihat bagi kelas PKBP pada ketika itu ialah En. Ramli b. Ahmad dan bilangan murid pada masa itu ialah seramai lapan orang sahaja.
Kemasukan murid ke kelas PKBP mengikut mestilah prosedur yang telah ditetapkan iaitu murid mesti menjalani pemeriksaan doktor pakar. Apabila doktor pakar mengesahkan bahawa murid tersebut mengalami masalah pembelajaran dan perlu dimasukkan ke kelas khas, pengesahan Pejabat Pendidikan Daerah perlu diambil sebelum dimaklumkan kepada Guru Besar. Kemudian murid berkenaan boleh mengikuti program pendidikan khas di kelas yang disediakan. Kanak-kanak ini akan berada sehingga umur 13 tahun. Apabila menjangkau 14 tahun, murid tersebut akan ditempatkan di Sekolah Menengah. Pendidikan Khas ini bertujuan untuk melatih kanak-kanak mengurus diri untuk menjalani kehidupan seperti biasa.
Sebelum bangunan PKBP siap pada 1996, kelas ini beralih dari satu tempat ke satu tempat yang lain berdasarkan kekosongan kelas pada sedia ada dengan erti kata lain ‘kelas terapung’. Dengan adanya kelas tetap, aktiviti pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan seperti yang dirancang. Anjakan paradigma di kalangan ibubapa membuatkan bilangan murid bertambah dari tahun ke tahun. Dari tahun 1991 hingga 2004, seramai 11 orang tenaga pengajar telah berkhidmat di kelas ini.
Pertambahan murid telah membawa kelas ke arah pembangunan yang lebih baik. Pada tahun 2002, pertambahan kelas telah dilakukan. Bukan itu sahaja, hasil keprihatian guru, pihak sekolah, Jabatan Pelajaran Negeri dan masyarakat sekeliling, sebahagian besar kemudahan pengajaran dan pembelajaran dapat disediakan bagi memastikan murid-murid mendapat pendidikan yang sewajarnya dan sempurna.

0 comments: